• Oktober 14, 2022
  • 5563

Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI)

Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI)

KOTA KINABALU, 13 & 14 OKT – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telah mengadakan program Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan atau National Health Screening Initiative (NHSI) yang merupakan salah satu inisiatif Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) di bawah Teras 3, iaitu Kawalan Kesihatan Kendiri.

Bertempat di Dewan Sri Kinabatangan, Ibu Pejabat, JKR Sabah, program ini bertujuan untuk memperkasa individu, keluarga dan komuniti dengan melakukan saringan asas kesihatan. NSHI ini menggunakan pendekatan keseluruhan negara dengan penglibatan agensi kerajaan.

Saringan kesihatan secara berkala dapat mengesan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) di peringkat awal, rawatan dapat diberikan dengan segera dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti hidup.