• Oktober 17, 2022
  • 702

Karnival Sukan Ping Pong

Karnival Sukan Ping Pong

KOTA KINABALU, 14 OKT – Bertempat di Dewan Mini JKR Bandaraya, Kota Kinabalu telah berlangsung Karnival Sukan Ping Pong yang dipengerusikan oleh Jurutera, Tuan Brian Jr Dell Junot.

Sukan Ping Pong ini merupakan kesinambungan dari Karnival Sukan JKR Bandaraya selepas Sukan Dart yang dianjurkan sebelum ini. Jurutera Bahagian, Tuan Mohd Hardy Laidin mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Pengerusi Penganjur, apabila sukan ini terlaksana setelah sekian lama tertangguh akibat pandemik Covid-19.

Antara tujuan lain sukan Ping Pong ini adalah untuk mengeratkan hubungan di samping sesi perkenalan bersama kakitangan baharu yang telah dilantik. Antara yang dipertandingkan adalah perseorangan wanita, perseorangan lelaki, beregu wanita, beregu lelaki dan beregu campuran. Pertandingan kali ini dimenangi oleh Kumpulan Kenari yang diketuai oleh Jurutera, Puan Mariani.