• Oktober 17, 2022
  • 1844

Majlis Penyerahan Projek Siap

Majlis Penyerahan Projek Siap

SEMPORNA, 13 OKT – JKR Semporna telah mengadakan majlis ringkas bagi Penyerahan Projek Siap (Projek Menimbus Tapak Masjid Baru Di Pekan Semporna) kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

Projek ini melibatkan kerja-kerja penimbusan tanah seluas 5.0 ekar bagi Fasa 1 untuk dijadikan sebagai Tapak Pembinaan Masjid Baru Di Pekan Semporna, Sabah.
Projek ini telah bermula pada 23 Disember 2019 dan telah siap pada 1 September 2021. Tempoh Liabiliti Kecacatan (DLP) projek ini adalah selama 12 bulan yang telah berakhir pada 1 September 2022. JKR Semporna selaku Wakil Pegawai Penguasa dihadiri oleh Jurutera Daerah, Tuan Mohd Fauzi Zikiri, Penolong Jurutera, Tuan Mohd Fellani dan Tuan Khairul Ramzan serta JHEAINS yang diwakili oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Semporna, Tuan Hj. Mohd Jeffery bin Hj. Hamad.
Kontraktor Utama projek ini dihadiri oleh Pengurus, Encik Raymond bersama Jurutera dan Penolong Jurutera, Puan Syasrina.