• Oktober 18, 2022
  • 2083

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Ranau 1444H/2022M

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Ranau 1444H/2022M

RANAU, 15 OKT – JKR Ranau telah memenuhi undangan dan perarakan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Ranau yang bermula di Padang Pekan Ranau menuju ke Dewan Masyarakat Ranau.

Acara bermula sekitar jam 6.00 pagi dengan ketibaan urus setia, jawatankuasa, para hakim perarakan serta para kontinjen perarakan. Perarakan itu didahului oleh YB DSP Haji Masidi Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Negeri Sabah, diiringi oleh YBhg Tuan Jumain Abdul Ghani, Pegawai Daerah Ranau merangkap Pengerusi JK Pelaksana Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Ranau serta para tetamu khas dan jawatankuasa.

Seterusnya, majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan alu-aluan oleh Pegawai Daerah Ranau dan ceramah khas sempena Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Sheikh Mohamed Ghonim bin Abdel Aziz, Ahli Majlis Fatwa Mesir.

JKR Ranau mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Kaligrafi Khat dan acara diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah untuk kontinjen terbaik dan kontinjen teramai serta hadiah Anugerah Khas dan Anugerah Maulidur Rasul.