• Oktober 21, 2022
  • 1146

Mesyuarat Pra Pembinaan – Flyover Donggongon ITCC

Mesyuarat Pra Pembinaan – Flyover Donggongon ITCC

KOTA KINABALU, 21 OKT – Tuan Ir. Mohammad Safri, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Lebuhraya mempengerusikan mesyuarat khas bagi projek Menaiktaraf Jalan Donggongon Tambunan (R500) Dari Persimpangan ITCC Ke Persimpangan Jalan Datuk Panglima Banting, hari ini.

Mesyuarat itu dimulakan dengan kata alu-aluan pengerusi dan disusuli dengan pembentangan daripada pihak konsultan mengenai jajaran dan skop projek. Selain itu, mesyuarat tersebut turut membincangkan mengenai Contractual Requirements serta Pemakaian Garis Panduan Pengalihan Utiliti RMK – 12.

Hadir sama, Kementerian Kerja Raya Sabah, Bahagian Pengurusan Projek ECER (JKR Malaysia), Cawangan Ukur Bahan, Jurutera Daerah Penampang, SESB, Telekom Malaysia Berhad, Perdana Jurutera Perunding dan Pembinaan Gerak Yakin Sdn Bhd.