• Oktober 26, 2022
  • 986

Lawatan Teknikal Projek Daif Sabah

Lawatan Teknikal Projek Daif Sabah

PENAMPANG – LAHAD DATU, 20 & 21 OKT – Cawangan Projek Bangunan telah mengadakan Lawatan Teknikal Projek Daif Sabah yang melibatkan SK Tansau, Penampang dan SK Tanjong Paras, Pulau Sakar, Lahad Datu.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Projek Bangunan, Tuan Andrew Durat mengiringi Tuan Ir. Hj. Mohd Faizul bin Mohd Ali Hanapiah, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur ke sesi lawatan tersebut.

Jurutera Daerah Lahad Datu, Tuan Mohammad Izam memberi taklimat ringkas mengenai kemajuan projek Pembinaan Gantian 9 Unit Bilik Darjah, Bangunan Pentadbiran, Makmal Sains, 1 Rumah Guru dan Lain-Lain kemudahan di SK Tanjong Paras, Lahad Datu.