• November 4, 2022
  • 845

Program IEM Membership Drive & Route To Professional Engineer

Program IEM Membership Drive & Route To Professional Engineer

KOTA KINABALU, 4 NOVInstitution of Engineers Malaysia (IEM) Sabah Women Engineers telah menganjurkan Program IEM Membership Drive & Route To Professional Engineer yang bertujuan untuk memperkenalkan IEM kepada jurutera-jurutera dan seterusnya memberi penerangan berkenaan proses atau tatacara pendaftaran sebagai ahli IEM.

Selain itu, peserta akan didedahkan dengan perjalanan ke arah jurutera profesional (route to PE) dan berharap agar program ini dapat meningkatkan jumlah keahlian IEM seterusnya menghasilkan jurutera-jurutera profesional di Sabah khususnya.

Hadir sama, Pengarah Kerja Raya Sabah, Tuan Hj. Kamaludin bin Ag. Abas, Timbalan Pengarah Sektor Khidmat Teknikal, Tuan Hj. Arman bin Abdul Muin, rombongan daripada Institution of Engineers Malaysia (IEM) Sabah Branch yang diketuai oleh Pengerusi, Tuan Ir. Willy Chin Tet Fu dan Jurutera Bahagian Tawau, Puan Ir. Aishahturizdah Ashgul yang juga selaku Pengerusi IEM Sabah Women Engineers.