• November 15, 2022
  • 3524

Mesyuarat Penyelarasan Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihanraya (PPKPR) N.65 Senallang Bil.3

Mesyuarat Penyelarasan Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihanraya (PPKPR) N.65 Senallang Bil.3

SEMPORNA, 15 NOV – Jurutera Daerah Semporna, Tuan Mohd Fauzi Zikiri yang merupakan Ketua Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihanraya N.65 Senallang telah mempengerusikan mesyuarat tersebut yang turut dihadiri oleh anggota PPKPR N.65 yang telah dilantik, antaranya :

1. Wakil PDRM (Tuan Sarjan Mejar Habibbol)
2. Wakil Pihak Berkuasa Tempatan (Tuan Sharkawie)
3. Kerani (En. Mohd Taufik Riduan)
4. Wakil-Wakil Parti Yang Bertanding
Dalam mesyuarat tersebut, wakil-wakil parti yang bertanding telah diberikan makluman berhubung larangan-larangan semasa tempoh berkempen dan semasa mengundi. Selain itu, wakil-wakil parti yang bertanding juga dinasihatkan agar sentiasa mematuhi syarat-syarat permit yang telah dikeluarkan dan memaklumkan bahawa sekiranya terdapat aduan terhadap bahan kempen pilihanraya yang merbahaya dan menghalang pandangan pengguna jalanraya bolehlah menghubungi Bilik Gerakan Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihanraya (PPKPR) N.65 Senallang di talian 089-785 107.