• November 17, 2022
  • 334

Lawatan Pemantauan Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihanraya (PPKPR) N.65 Senallang

Lawatan Pemantauan Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihanraya (PPKPR) N.65 Senallang

SEMPORNA, 16 NOV – Tahniah dan Syabas kepada parti yang bertanding khususnya di Parlimen Semporna diatas pematuhan terhadap syarat-syarat permit bahan kempen dan arahan daripada Jabatan Kerja Raya Sabah yang tidak membenarkan pemasangan bahan kempen di kawasan bulatan (Roundabout).

Hasil pemantauan Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihanraya (PPKPR) N.65 Senallang bersama Unit Penyenggaraan Jalanraya di Bulatan Jalan (Roundabout) sekitar jalan di daerah Semporna, didapati tiada bahan kempen yang didirikan di kawasan bulatan jalan.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam pematuhan syarat-syarat permit dan notis umum yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya Sabah.

Jurutera Daerah Semporna yang merupakan Ketua Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihanraya N.65 Senallang telah mengetuai lawatan tersebut yang dihadiri oleh Penolong Jurutera Mohd Fellani selaku Ketua Unit Penyenggaraan Jalan JKR Semporna. Antara yang turut serta dalam lawatan pemantauan tersebut ialah :-

1. Kerani PPKPR N.65 (Encik Mohd Taufik Riduan)
2. Pembantu Awam Operasi (Encik Saipee, Encik Yassir, Encik Fadly)
3. Pemandu (Encik Azmi Barak)
4. Pembantu Khas (Encik Sharman)