• November 30, 2022
  • 875

Corporate Social Responsibility JKR Bandaraya

Corporate Social Responsibility JKR Bandaraya

KOTA KINABALU, 29 NOV – Bertempat di Pantai Gorongon Putatan, JKR Bandaraya telah melaksanakan inisiatif dan tanggung jawab CSR (Corporate Sosial Responsibility) untuk membersihkan kawasan pantai.

Aktiviti itu bermula pada pukul 2.30 petang yang diketuai oleh Jurutera Bahagian, Tuan Mohd Hardy Laidin. Dalam ucapannya, beliau mengajak dan menyeru setiap kakitangan serta ahli keluarga untuk memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam memastikan alam sekitar dapat dipelihara dan dipulihara agar fungsinya terjamin dan tidak terhad kepada kawasan sekitar pejabat sahaja.