• Disember 22, 2022
  • 1026

Taklimat Kajian Kemungkinan Bagi Cadangan Pembangunan KKIA Baharu dan Bandar Aerotopolis Di Kimanis

Taklimat Kajian Kemungkinan Bagi Cadangan Pembangunan KKIA Baharu dan Bandar Aerotopolis Di Kimanis

KOTA KINABALU, 20 DIS – Jabatan Kerja Raya Sabah telah menjemput pihak Qhazanah Sabah Berhad dan Berjaya Land Berhad untuk memberikan taklimat berhubung Cadangan Pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Baharu dan Bandar Aerotopolis Di Kimanis, Papar.

Tuan Tajul Ariffin, wakil daripada Berjaya Land Berhad yang menghadiri taklimat itu secara atas talian membentangkan cadangan pembangunan lapangan terbang baharu tersebut di lokasi yang telah disenarai pendek kepada 3 lokasi, iaitu Putatan, Benoni-Kimanis dan Mandahan Land. Beliau turut meminta pihak JKR menyediakan data dan maklumat untuk mengetahui keadaan jaringan jalanraya di sekitar kawasan yang akan dibangunkan.