• Disember 23, 2022
  • 3171

Majlis Serah Terima Tugas Pegawai-Pegawai Cawangan Lebuhraya

Majlis Serah Terima Tugas Pegawai-Pegawai Cawangan Lebuhraya

KOTA KINABALU, 23 DIS – Timbalan Pengarah Sektor Jeraya, Tuan Ir. Mohammad Safri menyerahkan nota serah tugas kepada Puan Ir. Aishahturizdah, selaku Ketua Penolong Pengarah Cawangan Lebuhraya yang baharu. Dalam pada itu, Tuan Danny Hassan yang akan berpindah ke JKR Tawau turut menyerahkan nota serah tugas kepada Puan Norhasnizah Hasbi, Penolong Pengarah Cawangan Lebuhraya yang baharu.

Turut diraikan dalam majlis itu, Puan Elizabeth Justin, yang akan bersara pada tahun depan. Majlis diteruskan dengan acara bertukar-tukar hadiah dan diserikan lagi dengan cabutan tiket bertuah. Sebelum berakhir majlis, acara memotong kek dilakukan untuk meraikan kakitangan yang lahir pada bulan Disember.