• Disember 25, 2022
  • 2990

Majlis Perpisahan dan Jamuan Akhir Tahun JKR Ranau

Majlis Perpisahan dan Jamuan Akhir Tahun JKR Ranau

RANAU, 23 – JKR Ranau telah menganjurkan Majlis Perpisahan dan Jamuan Akhir Tahun di samping meraikan Jurutera Daerah Ranau, Tuan Mac Glen Frederick Lojuman yang akan berpindah ke Sektor Lebuhraya Pan Borneo.

Beliau mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih di atas peluang yang diberikan dalam memimpin JKR Ranau. Beliau turut menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua kakitangan di atas kerjasama, sumbangan serta komitmen yang berterusan.

Kakitangan JKR Ranau turut menyampaikan cenderakenangan kepada Tuan Mac Glen Frederick Lojuman yang diadakan di Unit Senggara Bangunan.