• Februari 5, 2023
  • 1443

Pemilihan Pasukan Bola Sepak JKR Zon Selatan

Pemilihan Pasukan Bola Sepak JKR Zon Selatan

KUNAK, 3 FEB – Pemilihan Pasukan Bola Sepak telah diadakan di Padang Bola Kunak bagi mewakili Zon Selatan untuk bermain di Kota Kinabalu akan datang.

Antara daerah yang terlibat adalah JKR Tawau, JKR Semporna, JKR Lahad Datu dan JKR Kunak. Tuan Amran bin Sarail yang mengetuai JKR Lahad Datu telah menghantar satu pasukan dan seramai tujuh (7) pemain telah terpilih mewakili Zon Selatan untuk ke peringkat seterusnya.

Semua pemain akan mengikuti latihan dari semasa ke semasa mengikut jadual yang akan diberikan.

Matlamat pemilihan ini antara lainnya ialah untuk merapatkan silaturrahim, mencungkil dan mengasah bakat pemain yang berpotensi serta memberi kesedaran tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat dalam kalangan kakitangan JKR di Zon Selatan khususnya.