• Februari 9, 2023
  • 775

Majlis Pelancaran Buku Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) JKR Sabah

Majlis Pelancaran Buku Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) JKR Sabah

KOTA KINABALU, 9 FEB – Datuk Mohd. Hanafiah bin Mohd. Kassim, Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah telah merasmikan Majlis Pelancaran Buku Pelan Antirasuah (OACP) Jabatan Kerja Raya Sabah, hari ini.

Satu ceramah integriti telah disampaikan oleh Tuan M. Suganthan A/L Muniandy, Ketua Penolong Penguasa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sabah. Intipati ceramah adalah menekankan kepada isu-isu integriti yang sering terjadi khususnya di kalangan penjawat awam. Beliau turut berkongsi pengalaman mengenai kes-kes melibatkan integriti yang pernah dihadapi.

Hadir sama, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah, Pengarah-Pengarah Jabatan di bawah Kementerian Kerja Raya Sabah, Timbalan-Timbalan Pengarah Kerja Raya Sabah, Ketua-Ketua Penolong Pengarah dan Jurutera Bahagian / Daerah.