• Februari 9, 2023
  • 1569

Majlis Penyerahan Bangunan Baharu SK Mansud, Kuala Penyu

Majlis Penyerahan Bangunan Baharu SK Mansud, Kuala Penyu

KUALA PENYU, 9 FEB – Penyerahan Replika Kunci Bangunan Baharu SK Mansud telah dilaksanakan dan disampaikan oleh Tuan Philemon Lajawai, Timbalan Pengarah Sektor Bangunan kepada Tuan Dr. Suntik Tuin, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu dan diiringi Tuan Fadliezan bin Tingan, Guru Besar SK. Mansud.

Penyerahan bangunan baharu itu melibatkan pembinaan bangunan gantian penuh 6 bilik darjah, blok pentadbiran, bilik sains, kantin dan lain-lain kemudahan mengikut piawai.

Hadir sama, Puan Noriyah bt Kandar, Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan (Cawangan Perancangan dan Pengurusan) Kementerian Pendidikan Malaysia, Puan Nurdina bt Muhammad, Ketua Penolong Setiausaha Seksyen Khas Pemantauan (Bahagian Pembangunan) Kementerian Pendidikan Malaysia, Tuan Ir. Rahmat B. Hj. Abd. Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia (Sektor Bangunan) dan Jurutera Daerah Kuala Penyu, Puan Ir. Syahbrina Osin.