• Februari 9, 2023
  • 2009

SESB & JKR Wayleave Technical Workshop

SESB & JKR Wayleave Technical Workshop

TUARAN, 7 & 8 FEB – Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) telah menganjurkan Wayleave Technical Workshop bertempat di Shangri-La Rasa Ria, Tuaran sebagai satu usaha untuk mendapatkan kefahaman yang lebih jelas mengenai proses kerja dan syarat yang ditetapkan oleh pihak JKR ke atas kerja-kerja melibatkan pembangunan elektrik di negeri Sabah.

Ucapan pembukaan telah dilakukan oleh Tuan Lim Tin Jong, Senior General Manager (Asset Development) SESB dan diteruskan dengan Sesi Perkongsian oleh Puan Ir. Aishahturizdah Ashgul, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Lebuhraya.

Objektif utama bengkel ini adalah untuk mencapai serta menetapkan persefahaman bersama di antara SESB dan JKR berkaitan dengan Penempatan Semula Utiliti, Projek Penambahbaikan  Sistem Agihan & Sambungan Bekalan Baharu dan Kerja Pembaikan dan Penyelenggaraan Kecemasan.

Bengkel itu diakhiri dengan ucapan penutupan oleh Tuan Ir. Ts. Mohd Yaakob bin Haji Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif SESB. Beliau berharap agar satu resolusi dapat dipersetujui di antara SESB dan JKR dalam berganding bahu membantu memacu pembangunan infratsruktur negeri Sabah.

Tuan Ir. Mohd Safri bin Abd Habi, Timbalan Pengarah Sektor Jeraya, mewakili Pengarah JKR turut memberikan ucapan ringkas sebelum bersurai.