• Februari 20, 2023
  • 1959

Goal Setting Workshop JKR 2023

Goal Setting Workshop JKR 2023

KENINGAU, 16 & 17 FEB – JKR Sabah telah melaksanakan program Goal Setting Workshop yang bertempat di Hotel Perkasa, Keningau dengan bertemakan “Dengan Merealisasikan Wawasan Jabatan”.

Program ini merupakan program tahunan JKR yang diadakan selama dua (2) hari di mana pada hari pertama, peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan bagi sesi brainstorming.

Pada hari kedua, cawangan-cawangan di dalam setiap sektor membentangkan Achievement & Shortfalls 2022 dan Goal Setting 2023.

Tuan Hj. Arman bin Abdul Muin, Pengarah Kerja Raya Sabah mempengerusikan program itu yang dihadiri oleh Ketua-Ketua Penolong Pengarah, Jurutera Bahagian dan Jurutera Daerah.