• Februari 22, 2023
  • 1647

Perlawanan Persahabatan JKR Zon Selatan VS Jabatan Perhutanan Kunak

Perlawanan Persahabatan JKR Zon Selatan VS Jabatan Perhutanan Kunak

TAWAU, 21 FEB – Bertempat di Padang Bola Kolej Tingkatan Enam, Tawau, telah diadakan Perlawanan Persahabatan JKR Zon Selatan (gabungan JKR Tawau, JKR Lahad Datu, JKR Kunak dan JKR Semporna) menentang Jabatan Perhutanan Kunak.

Perlawanan itu diadakan untuk mengasah teknik bermain dengan lebih cekap selain menjalani latihan terakhir sebelum perlawanan sebenar dijalankan pada 24 sehingga 27 Februari 2023 di Kota Kinabalu.

Para pemain JKR Zon Selatan dijangka akan berangkat ke Kota Kinabalu pada 23 Februari 2023. Sebelum kembali ke daerah masing-masing, jurulatih mengingatkan agar semua pemain mengekalkan stamina pada tahap yang baik, menjaga pemakanan, dan juga kesihatan diri agar dapat mempersembahkan permainan yang terbaik dalam perlawanan itu nanti.