• Februari 27, 2023
  • 1842

Kejohanan Bola Sepak Interzone JKR Sabah : Zon Selatan VS Zon Utara

Kejohanan Bola Sepak Interzone JKR Sabah : Zon Selatan VS Zon Utara

KOTA KINABALU, 24 FEB – Bagi mengasah bakat pemain-pemain bola sepak warga Jabatan Kerja Raya Sabah, satu Kejohanan Sukan Bola Sepak Interzone JKR Sabah telah diadakan, bertempat di Padang Sukma A Kota Kinabalu Sabah yang disertai oleh 8 zon.

Untuk pusingan pertama, Zon Selatan menentang Zon Utara, dengan jaringan seri 2 – 2, jaringan pertama dari Zon Selatan dijaringkan oleh saudara Taufik dari JKR Semporna dan jaringan kedua pula oleh saudara Azroy dari JKR Lahad Datu.

Kejohanan pada kali ini bertujuan untuk mengeratkan lagi ikatan ukhwah sesama kakitangan, disamping dapat mengenali di antara satu sama lain.