• Mac 2, 2023
  • 1328

Kejohanan Bola Sepak Interzone JKR Sabah

Kejohanan Bola Sepak Interzone JKR Sabah

KOTA KINABALU, 24 – 26 FEBRUARI – Kejohanan Sukan Bola Sepak Interzone JKR Sabah yang diadakan di Padang Bola Sepak SUKMA A & B, Kota Kinabalu.

Perlawanan selama dua (2) hari itu telah menyaksikan perlawanan yang sengit antara semua zon. JKR HQ mendapat tempat pertama dan sekaligus menjuarai kejohanan tersebut. Naib Johan dimenangi oleh Zon Timur (JKR Sandakan, JKR Kinabatangan, JKR Beluran dan JKR Telupid). Zon Selatan memenangi tempat ketiga berkongsi tempat dengan Zon Pantai Barat Tengah.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah diadakan pada hari terakhir perlawanan  yang telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sektor Bangunna, Philemon Lajawai diiringi oleh Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pembinaan & Pemantauan (Pan Borneo), Mohd Shamsul Nizam bin Abdul Wahid.

Perlawanan telah berjalan dengan lancar dan semua pemain tetap bersemangat menunjukkan corak permainan dan semangat kesukanan yang membanggakan walaupun adakalanya perlu bermain dalam cuaca yang tidak menentu seperti hujan lebat dan cuaca panas.

Aktiviti sukan diadakan setiap tahun kerana penglibatan kakitangan Jabatan Kerja Raya dalam sukan mampu melahirkan pekerja yang sihat dan cergas dan tahu akan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat selain meningkatkan tahap kesihatan diri secara fizikal dan juga mental.

Penglibatan dalam sukan mampu memberikan manfaat dengan mengurangkan tekanan serta meningkatkan produktiviti. Bukan itu sahaja, ia dapat mengukuhkan lagi ukhwah setiap kakitangan tanpa mengira pangkat.