• Mac 3, 2023
  • 1597

Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan JKR Kunak

Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan JKR Kunak

KUNAK, 1 MAC – Unit Pengurusan Aset Cawangan Stor telah mengadakan lawatan ke JKR Kunak yang diketuai oleh Puan Joan Leonard Lansangan dan diiringi oleh Tuan Yusof Awang, Puan Sarima Mohd. Sahit dan Puan Nurul Nadirah Mohamad.

Lawatan itu bertujuan untuk mengadakan pemeriksaan aset alih dan memberi penerangan berhubung dengan pengisian borang-borang KEW PA yang berkaitan selaras dengan Pekeliling Kementerian Kewangan Negeri Bil. 3/2022.

Misi unit ini juga ingin memastikan setiap pegawai aset yang dilantik sama ada Penerima Aset atau pun Pemeriksa Aset hendaklah mematuhi dan melaksanakan pengurusan aset alih mengikut tatacara yang telah pun ditetapkan mengikut pekeliling dan arahan jabatan.

Tuan Mohd Ryansyah Suriansyah, telah mewakili Jurutera Daerah Kunak dalam sesi perbincangan itu dan lawatan antara pegawai -pegawai aset yang telah dilantik dilakukan di unit masing-masing. Pegawai Aset yang dilantik adalah Tuan Hasidy Harun [ PJ Bangunan ] , Puan Milenah AhHen Liong [ Mekanikal] dan Puan Norsiati Ahmada [ Stor ] manakala Pegawai Pemeriksa Aset adalah Tuan Mohd Ryansyah Suriansyah [ PJ PJR ].

“ Mohon cadangan diadakan kursus untuk Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan khas untuk pegawai yang diamanahkan untuk pengurusan aset di peringkat daerah seperti Pegawai Aset, Pembantu Pegawai Aset, Penerima Aset dan Pemeriksa Aset mengikut Zon / Bahagian” kata Tuan Mohd Ryansyah dalam sesi perbincangan itu.