• Mac 3, 2023
  • 1585

Taklimat Pengurusan Aset Alih Kerajaan

Taklimat Pengurusan Aset Alih Kerajaan

LAHAD DATU, 2 MAC – Taklimat Pengurusan Aset Alih Kerajaan yang disampaikan oleh Cawangan Stor, Kota Kinabalu yang terdiri daripada empat (4) orang yang diketuai oleh Tuan Yusuf Awang.

Sesi taklimat dipengerusikan oleh Jurutera Daerah JKR Lahad Datu, iaitu Tuan Mohammad Izam bin Jamal. Taklimat ini juga disertai oleh Jurutera dan Penolong-Penolong Jurutera serta kakitangan JKR Lahad Datu dari pelbagai gred.

Sesi taklimat berlangsung dengan lancar dan banyak perkara baharu yang dipelajari seperti penggunaan borang-borang baharu, penggunaan sistem online dan sebagainya. Sesi soal jawab juga telah diadakan bagi memastikan kakitangan yang terlibat lebih faham tentang pengurusan aset alih kerajaan.

Sesi taklimat telah berlangsung selama lebih kurang satu jam setengah dan selepas taklimat, telah diadakan jamuan ringan dan juga sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.