• Mac 6, 2023
  • 1680

Penyampaian Sijil Tamat LI & Penghargaan Pasukan Bola Sepak Zon Selatan

Penyampaian Sijil Tamat LI & Penghargaan Pasukan Bola Sepak Zon Selatan

KUNAK, 3 MAC – JKR Kunak telah mengadakan majlis ringkas penyampaian sijil tamat LI dan penghargaan kepada pemain bola sepak JKR Kunak yang telah terpilih mewakili Zon Selatan di Kejohanan Bola Sepak Interzone JKR Sabah baru-baru ini.

Majlis ringkas ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada Pelajar Latihan Industri, Kursus Pembinaan Bangunan Residensi dari Pusat Giat Mara, Kinabatangan, Sabah, di samping meraikan kemenangan tempat ketiga pasukan bola sepak, iaitu Tuan Masrany Masdur@Masdor, Tuan Abedin Abra, Tuan Minggu Hj.Uyung, Tuan Sabturani Sawab dan Tuan Elpis Paliuddin yang telah mewakili JKR Kunak dalam Zon Selatan.

Seramai enam (6) orang pelajar LI, iaitu Encik Mohd Amir Amry bin Misran Harun@ Misran, Encik Roslan bin Mohamad, Encik Sharizan bin Haris, Encik Muhammad Shafie bin Shalleh, Encik Rafizan bin Ransah danEncik Mohammad Akmal bin Bahramand yang berada di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia Tahap III telah selesai menjalani latihan industri di pejabat ini bermula pada sejak 3 Januari lalu.

 

Jurutera Daerah Kunak, Tuan Syed Abdullah Syed Abas, telah menyampaikan sijil penghargaan kepada pelatih industri dan beliau sentiasa menyokong program latihan industri demikian dapat memberi pendedahan awal tugas-tugas dan fungsi JKR kepada pelatih industri.

“Kita sentiasa terbuka untuk menerima pelatih industri dan saya mengharapkan mereka memberi fokus kepada semua arahan-arahan yang diberikan dengan jayanya. Syabas dan tahniah kepada pasukan bola sepak, semangat juang pemain yang tinggi dan semangat berpasukan yang mantap harus dicontohi oleh kita semua dalam menjayakan misi dan visi jabatan, anda memang hebat ”, antara ucapan beliau.

Dalam majlis ringkas itu, para pelatih sempat memberi penghargaan kepada Jurutera Daerah Kunak dan seluruh kakitangan JKR Kunak.

“Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jurutera Daerah Kunak kerana sudi menerima kami untuk mencari ilmu dan pengalaman baru. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan JKR kerana memberikan ilmu serta pengalaman baru yang bermanfaat, memberi peluang untuk kami mengalami sendiri alam pekerjaan yang sebenar,” ucapan yang disampaikan oleh wakil pelatih kepada warga kerja JKR.