• Mac 8, 2023
  • 1735

Audit Pematuhan Rekod Awam dan Pengemaskinian SM2

Audit Pematuhan Rekod Awam dan Pengemaskinian SM2

LAHAD DATU, 6 & 7 MAC – Unit Rekod, Cawangan Sumber Manusia telah mengadakan lawatan Audit Pematuhan Rekod Awam dan Pengemaskinian SM2 di JKR Lahad Datu yang dilaksanakan oleh empat (4) orang kakitangan dari Ibu Pejabat JKR, Kota Kinabalu yang diketuai oleh Tuan Khairudin.

Selama berada di JKR Lahad Datu, pasukan audit telah memeriksa Bilik Arkib, Bilik Fail dan Stor Pelupusan Fail. Objektif Audit Pematuhan Rekod ini antara lainnya ialah memberi pendedahan dan kefahaman berkaitan Senarai Semak Kriteria Pengurusan Rekod, menilai dan memantau samada pematuhan kepada peraturan, dasar dan standard kepada pengurusan rekod yang sedang berkuat kuasa dan menilai dan mengukur prestasi pengurusan rekod bagi memastikan pelaksanaan program pengurusan rekod berada pada tahap cemerlang.

Sementara itu, Pengemaskinian SM2 pula bertujuan memastikan maklumat kakitangan dikemaskini mengikut maklumat semasa bagi memudahkan proses kenaikan pangkat, pencen dan sebagainya selain untuk mencapai KPI SM2 90% ke atas yang ditetapkan oleh JPAN.

Banyak yang telah dipelajari sepanjang tempoh audit dilaksanakan. Para kakitangan telah menunjukkan sikap bekerjasama dan bantu-membantu.

Secara keseluruhannya, penemuan audit di JKR Lahad Datu dikatakan memuaskan dan tidak banyak komen yang dikemukakan oleh pasukan audit. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki dan diberi perhatian agar pengurusan dan pematuhan rekod awam menjadi lebih cemerlang pada masa akan datang.