• Mac 16, 2023
  • 2711

Majlis Amanat Menteri Kerja Raya Sabah

Majlis Amanat Menteri Kerja Raya Sabah

KOTA KINABALU, 14 MAC – Prestasi pelaksanaan bagi setiap perancangan jabatan dan agensi harus dipantau, kata Datuk Ir. Shahelmey Yahya dalam ucapan sempena Majlis Amanat Menteri Kerja Raya Sabah di The Pacific Sutera Hotel, Selasa lepas.

“Ketua-ketua jabatan harus memantau prestasi keseluruhan jabatan bagi memastikan jabatan berada pada landasan yang tepat. Sifat ‘Pimpin Melalui Teladan’ seharusnya disemat dalam diri.

Dalam pada itu, beliau berkata, warga kementerian, jabatan dan agensinya turut diseru untuk terus menambahbaik dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan.

“Sebagai agensi yang terlibat dalam membina dan menyelenggara infrastruktur, utiliti dan perkhidmatan pengangkutan sudah tentu kita tidak terlepas dari komen atau aduan orang awam.

“Oleh itu, tiba masanya untuk membuat penambahbaikan segera untuk memperbaiki kelemahan dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan serta kerja-kerja pembaikan dan pemantauan berterusan perlu dilaksanakan segera bagi memastikan hak dan kebajikan rakyat terjaga”, katanya.

Turut hadir dalam majlis itu, Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Robert Tawik, Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah, Datuk Mohd Hanafiah Mohd Kassim serta ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah kementerian.