• April 11, 2023
  • 1754

Lawatan Pemantauan Cawangan Penyenggaraan Jalan

Lawatan Pemantauan Cawangan Penyenggaraan Jalan

KOTA BELUD (28 – 30 MAC) / KUALA PENYU (4 – 6 APR) – Cawangan Penyenggaraan Jalan telah mengadakan lawatan pemantauan pada tahun ini yang bermula di  daerah Kota Belud dan Kuala Penyu yang melibatkan syarikat-syarikat penyenggaraan jalan berturap JKR persekutuan dan negeri, iaitu Globinaco dan Lintasan Resources.

Lawatan itu bertujuan untuk memeriksa dan memastikan kerja penyenggaraan rutin yang dilaksana syarikat-syarikat tersebut mematuhi jadual penyenggaraan, standard prestasi dipersetujui dan spesifikasi kerja penyenggaraan.

Pembentangan penemuan hasil lawatan turut dilakukan untuk dibincangkan bersama dan Pejabat JKR Kota Belud dan JKR Kuala Penyu serta syarikat-syarikat penyenggaraan itu dikehendaki untuk menambahbaik pelaksanaan kerja penyenggaraan susulan dari teguran yang diberikan.