• April 14, 2023
  • 2014

Majlis Perpisahan Persaraan Cawangan ADPK

Majlis Perpisahan Persaraan Cawangan ADPK

KOTA KINABALU, 14 APR – Cawangan Audit Dalam, Piawaian & Kualiti (ADPK) mengadakan majlis ringkas sempena meraikan persaraan Puan Sarinah Ah Sang, Penolong Jurutera yang telah bersara wajib semalam.

Turut serta, Ketua Penolong Pengarah, Tuan Mohd Dzulkarnain, Penolong Pengarah, Tuan Glenn Maxwel dan Tuan Ng Boon Seng serta pegawai-pegawai cawangan ADPK. Tuan Mohd Dzulkarnain memberikan ucapan ringkas dan menyampaikan cenderahati disusuli dengan acara potong kek.

Antara nasihat yang diberikan oleh Puan Sarinah adalah kepentingan bertolak ansur dan team work tu harus ada untuk mencapai misi & visi jabatan. Semua pegawai-pegawai cawangan ADPK mengucapkan selamat maju jaya serta terima kasih di atas kerjasama beliau semasa berkhidmat di cawangan ini.