• Mei 3, 2023
  • 1656

Lawatan Tapak Projek Pan Borneo Sabah Fasa 1B (WP22, WP23, WP24, WP25 & WP26)

Lawatan Tapak Projek Pan Borneo Sabah Fasa 1B (WP22, WP23, WP24, WP25 & WP26)

KINABATANGAN – LAHAD DATU BYPASS, 3 MEI – Lawatan Tapak Projek Pan Borneo Sabah Fasa 1B diketuai oleh Tuan Mohd Shamsul Nizam Abdul Wahid dengan kakitangan dari Sektor Projek Lebuhraya Pan Borneo JKR Sabah, wakil dari beberapa agensi kerajaan negeri Sabah dan pegawai – pegawai dari Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKRM).

Lawatan itu melibatkan lokasi WP26 (Kg. Lot M ke Bulatan Sukau), WP25 (Bulatan Sukau ke Kg. Perpaduan Datuk Moh), WP24 (Kg. Perpaduan Datuk Moh ke Sg Takala), WP23 (Sg Takala ke Kg Sandau) dan WP22 (Sandau ke Lahad Datu Bypass).

Matlamat projek ini tidak lain, adalah untuk mewujudkan rangkaian lebuhraya yang efisien demi keselamatan dan keselesaan penguna jalan raya kelak. Selain dari merancang, menaik taraf jalan – jalan yang sedia ada bagi menampung bilangan trafik kenderaan yang bertambah.