• Mei 18, 2023
  • 448

Majlis Apresiasi Persaraan Kakitangan Dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Madani

Majlis Apresiasi Persaraan Kakitangan Dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Madani

JKR KUNAK, 17 MEI – Majlis meraikan kakitangan yang telah bersara serta sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2023 telah diadakan di lobi pejabat serta dihadiri oleh semua kakitangan JKR Kunak.

Majlis ringkas ini  merupakan anjuran bersama oleh seksyen Bangunan dan Penyenggaraan Jalan Raya yang diketuai oleh Tuan Hasidy Harun dan Tuan Mohd Ryansyah Suriansyah.

Jurutera Daerah Kunak, Tuan Syed Abdullah Syed Abas menyampaikan cenderahati serta penghargaan terhadap khidmat dan bakti pegawai yang telah bersara, iaitu Tuan Manja Ali (bersara pada 02 September 2022), Tuan Ozely Oksel (bersara pada 06 Jun 2023) dan Tuan Kipli Dullah  (bersara pada 06 April 2023).

“Selamat bersara dan selamat maju jaya kepada abang Manja, abang Ozely dan abang Kipli, jasa kalian sentiasa dikenang dan selamat hari raya Aidifitri, maaf zahir dan batin. Semoga kita semua sukses di dunia mahupun di akhirat”, antara ucapan beliau sebelum menyampaikan cenderahati tersebut kepada semua pesara.

Beliau turut memberi surprise bouquet kepada kakitangan wanita yang bergelar ibu sempena Hari Ibu pada majlis tersebut. “Kami sangat tidak menyangka mendapat jambangan bunga daripada tuan JD, kami amat terharu dan terima kasih tuan”, demikian ucapan Puan Hajah Norsidah Maddasan (Unit Pentadbiran).