• Mei 19, 2023
  • 1526

Sambutan Hari Raya Aidilfitri JKR Kudat

Sambutan Hari Raya Aidilfitri JKR Kudat

KUDAT, 18 MEI – Sambutan ini merupakan aktiviti kali kedua diadakan di JKR Kudat. Pelbagai pengisian sepanjang majlis berlangsung seperti ucapan sepatah dua kata daripada Jurutera Bahagian JKR Kudat, santapan juadah Hari Raya, Pertandingan Pakaian Raya Aidilfitri Terbaik, persembahan hiburan nyanyian, dan lain-lain.

Rasional sambutan ini adalah sedikit sebanyak merealisasikan hasrat kerajaan dalam membentuk kakitangan awam yang mempunyai nilai murni yang tinggi dan saling hormat menghormati di antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama seiring dengan slogan Malaysia Madani.

Antara objektif sambutan ini adalah untuk membentuk sahsiah warga kerja JKR dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian, menghormati dan menghayati bahawa setiap kaum mempunyai perayaan yang berbeza dan boleh diraikan oleh kaum lain serta mengamalkan cara hidup yang baik dengan bermaaf-maafan dan menghormati satu sama lain.

Jurutera Bahagian JKR Kudat, Tuan Hilmy Hamid merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada pihak jawatankuasa penganjur yang diketuai oleh Tuan Mohammad Hazizul Ismail, Jurutera Kerja serta seluruh kakitangan JKR terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini.

Katanya, suasana kemeriahan majlis membuktikan kerjasama dan kemesraan yang terjalin erat dalam kalangan kakitangan JKR cawangan Kudat. Kemesraan yang terjalin ini tidak hanya berlaku semasa menjalankan tugas di dalam pejabat, malah di luar pejabat juga dapat dilihat menerusi layanan bertegur sapa. Justeru, beliau berharap agar jalinan kemesraan silaturahim yang baik dalam kalangan kakitangan JKR Kudat akan terus dikekalkan tanpa mengira pangkat dan darjat.