• Mei 19, 2023
  • 1393

Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Mengenang Jasamu Para Pesara Sesi 2023

Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Mengenang Jasamu Para Pesara Sesi 2023

KOTA KINABALU, 19 MEI – Cawangan Kejuruteraan Otomotif mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan, hari ini.

Majlis itu disajikan dengan pelbagai juadah di samping dapat bertemu mesra dan mengeratkan silaturahim di antara setiap kakitangan tanpa mengira pangkat. Majlis itu dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kejuruteraan Otomotif, Tuan Jackson Soliman.

Dalam pada itu, majlis itu juga meraikan Tuan Dius John, Tuan Ahdanan Yunus dan Tuan Roger Lui Chong Pin yang bersara pada tahun ini. Kemuncak majlis itu diserikan lagi dengan cabutan tiket bertuah yang menampilkan pelbagai hadiah yang menarik untuk dimenangi.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pengawasan & Pemantauan (Sektor Lebuhraya Pan Borneo), Tuan Mohd Shamsul Nizam dan Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Tuan Band Sabin.