- Jun 14, 2023
- 779
Majlis Penyerahan Bangunan Sk Tanjong Paras

LAHAD DATU, 14 JUN – Hari ini telah berlangsung Majlis Penyerahan Bangunan SK Tanjong Paras yang bertempat di SK Tanjong Paras, Lahad Datu.
Antara yang terlibat dalam majlis penyerahan ini ialah wakil daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu, Pejabat Pengarah Pendidikan Sabah, Guru Besar SK Tanjong Paras, S.E.S Construction Sdn Bhd dan NS Bluescope Lysaght Sabah Sdn Bhd.
Setelah semua pihak yang terlibat tiba, majlis dimulakan dengan bacaan doa, diiringi oleh ucapan Guru Besar SK Tanjong Paras. Selepas itu, tayangan montaj projek dilakukan diikuti oleh gimik penyerahan, penyampaian cenderahati dan penghargaan sebelum ke acara terakhir iaitu jamuan dan sesi bergambar.
Semua pihak yang terlibat bersyukur kerana bangunan SK Tanjong Paras telah berjaya disiapkan dan boleh digunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.
Diharap agar setiap murid dapat menimba ilmu dalam suasana persekitaran sekolah yang baharu di samping menjadi belia yang berakhlak, bersahsiah, beradab dan berpengetahuan agar mampu menjadi pelapis kepada pucuk pimpinan negara dan berkhidmat untuk negara pada masa akan datang.