• Jun 21, 2023
  • 1027

Majlis Serah Tugas KPP Cawangan Arkitek

Majlis Serah Tugas KPP Cawangan Arkitek

KOTA KINABALU, 19 JUN – Ketua Penolong Pengarah Cawangan Arkitek, Ar. Victor Chong Ket Vui menyerahkan Nota Serah Tugas kepada Ketua Penolong Pengarah yang baharu, Jeffrey @ Jeff Ismail yang disaksikan oleh Timbalan Pengarah Sektor Jeraya, Baharuhom K.K Sogon.

Beliau telah berkhidmat di Cawangan Arkitek bermula pada 1 Februari 2011 sebagai Arkitek JA48 kemudian menyandang jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah sehingga kini. Beliau pernah mendapat Anugerah Pekerja Terbaik (Employee of The Year) pada tahun 2020 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2021.

JKR Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada beliau di atas khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang dalam perkhidmatan. Semoga beliau dikurniakan umur yang panjang dan kesihatan yang baik. Tahniah diucapkan dan selamat bersara.