• Jun 23, 2023
  • 722

Mesyuarat Jawatankuasa Setinggan Bil.1/2023 Majlis Daerah Semporna

Mesyuarat Jawatankuasa Setinggan Bil.1/2023 Majlis Daerah Semporna

KOTA KINABALU, 21 JUN – Jurutera Daerah Semporna, Mohd Fauzi Zikiri bersama Penolong Jurutera, Mohd Fellani telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Setinggan Bil.1/2023 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Wisma Innoprise. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Semporna selaku Pengerusi Majlis Daerah Semporna, Alexander Yong.

Mesyuarat Jawatankuasa Setinggan ini dihadiri oleh Ahli-Ahli Majlis Daerah yang menganggotai Jawatankuasa Setinggan dan turut dihadiri oleh jabatan teknikal yang terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri di daerah Semporna.
Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan dengan usaha sama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah bersama Sekretariat Hala Tuju Sabah Maju Jaya, telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Setinggan bagi merangka Pelan Tindakan Setinggan Negeri Sabah dalam menyelesaikan masalah perkampungan setinggan di Sabah.