KOTA KINABALU, 10 JUL – Cawangan Sumber Manusia telah menganjurkan Program Libat Urus JKR yang melibatkan Ketua Kerani dan Penolong Pegawai Tadbir di setiap cawangan dan daerah.

Setiap peserta dikehendaki untuk menyediakan senarai tugas masing-masing untuk dibincangkan bersama. Antara topik taklimat adalah Pengurusan Kenderaan Jabatan, Pengurusan Perkhidmatan, Saraan, Elaun, Kemudahan dan Persaraan serta Pengurusan Tatatertib dan Tatakelakuan.

Dalam program yang sama, Sesi Penulisan Surat dan Pengurusan Dokumen CSM dikongsikan dan disusuli dengan Sesi Soal Jawab.

 

 

About The Author