• Julai 13, 2023
  • 584

Taklimat Zakat Pendapatan JKR Kunak

Taklimat Zakat Pendapatan JKR Kunak

KUNAK, 12 JUL – Bahagian Zakat dan Fitrah MUIS Tawau telah mengadakan taklimat zakat pendapatan bertempat di Bilik Mesyuarat Sri Kunak.

Taklimat ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada kakitangan yang beragama islam mengenai tanggungjawab untuk membuat potongan zakat pendapatan. Mereka juga turut membantu kakitangan membuat taksiran zakat penggajian dan seterusnya menguruskan bayaran zakat melalui potongan gaji.

Sesi taklimat ringkas disampaikan oleh Ketua Pejabat, Syed Abdul Kadir bin Syed Sheh Alkaf dan dibantu oleh tiga (3) orang pegawai yang ditugaskan untuk membuat taksiran gaji.

Beliau menjelaskan bagi individu, bayaran zakat yang dikeluarkan dapat digunakan untuk menuntut rebat cukai pendapatan, dan adalah disyorkan untuk memenuhi saranan PZB ini. Seramai 13 orang kakitangan telah pun mengisi borang kebenaran potongan gaji (PZB) dan sepuluh orang tidak dapat hadir bersama kerana bercuti dan melaksanakan tugas-tugas rasmi luar pejabat.

“Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada JKR Kunak khasnya semua kakitangan kerana sudi meluangkan waktu untuk hadir dan memberi kerjasama dalam menjayakan taklimat ini,” demikian ucapan Ketua Pejabat, Bahagian Zakat dan Fitrah MUIS Tawau, Syed Abdul Kadir bin Syed Sheh Alkaf.

Taklimat ini dihadiri oleh wakil Jurutera Daerah, Mohd Ryansyah Suriansyah, Hasidy Harun dan Norlina Kiwal.