• Julai 31, 2023
  • 491

Bengkel Penggunaan Sistem Pengurusan Fasiliti Bersepadu (MyINFRA) Peringkat JKR Sabah 2023

Bengkel Penggunaan Sistem Pengurusan Fasiliti Bersepadu (MyINFRA) Peringkat JKR Sabah 2023

KOTA KINABALU, 27 JUL – Bengkel Penggunaan Sistem Pengurusan Fasiliti Bersepadu (MyINFRA) bagi Modul Jalan di Peringkat JKR Sabah 2023 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Trusmadi, Ibu Pejabat JKR Negeri Sabah.

Bengkel tersebut dikendalikan oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia dengan kerjasama daripada Cawangan Penyenggaraan Jalan, JKR Sabah. Ketua Penolong Setiausaha / Bahagian Pengurusan Fasiliti,  Tuan Ir. Syamsul Amri bin Mohd Ishak mengetuai pasukan fasilitator. Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Penyenggaraan Jalan, Tuan Ir. Ts. Azri Saflie turut hadir bersama 45 orang peserta daripada JKR Daerah di seluruh Sabah dan wakil syarikat konsesi Jalan Persekutuan, Lintasan Resources Sdn Bhd.

Sistem MyINFRA dibangunkan bagi tujuan pendigitalan pengurusan fasiliti yang bersepadu berpandukan Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan. Para peserta diberi pendedahan mengenai pengumpulan maklumat Premis Aset Jalan Persekutuan (DPA) dari semua JKR Daerah (data sebenar) untuk dimasukkan ke dalam Sistem MyINFRA.