• Julai 31, 2023
  • 492

Lawatan Pemantauan Jalan Ke Daerah Ranau

Lawatan Pemantauan Jalan Ke Daerah Ranau

RANAU, 24 – 27 JUL – Cawangan Penyenggaraan Jalan telah melaksanakan Lawatan Pemantauan Jalan ke daerah Ranau selama empat (4) hari. Taklimat ringkas dilakukan di JKR Ranau sebelum memulakan lawatan pemantauan di daerah itu.

Mesyuarat Pemantauan Konsesi bagi Zon Pantai Barat Utara (Kota Belud dan Ranau) diadakan untuk membentangkan laporan kemajuan kerja penyenggaraan jalan persekutuan dan negeri oleh syarikat konsesi Lintasan Resources Sdn Bhd dan Globinaco Sdn Bhd.