• Ogos 2, 2023
  • 424

Taklimat Pengenalan Akta 1994 dan Prosedur Kerja Selamat Bekerja di Tempat Tinggi (WAH)

Taklimat Pengenalan Akta 1994 dan Prosedur Kerja Selamat Bekerja di Tempat Tinggi (WAH)

LAHAD DATU, 25 JUL – Taklimat Pengenalan Akta 1994 dan Prosedur Kerja Selamat Bekerja di Tempat Tinggi (WAH) bertempat di Bilik Mesyuarat JKR Lahad Datu.

Taklimat dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan alu – aluan dari Jurutera Daerah Lahad Datu, Mohammad Izam Jamal.

Taklimat itu disampaikan oleh penceramah undangan, Herman Zulkarnain, yang dijemput khas dari Sektor Projek Pan Borneo. Terdapat dua sesi taklimat iaitu, Pengenalan Akta 1994 dan Prosedur Kerja Selamat Bekerja di Tempat Tinggi (WAH).

Antara sasaran taklimat itu ialah Pemandu Kenderaan, Pembantu Awam, Pembantu Kemahiran, Penolong Jurutera dan semua kakitangan yang terlibat dengan tugas-tugas yang berisiko tinggi.

Antara matlamat taklimat itu ialah untuk mendedahkan para kakitangan tentang Akta, Peraturan dan Undang-Undang yang berkuatkuasa, kebajikan kakitangan, prosedur pelaksanaan kerja yang selamat dan efisien, penggunaan alat / pakaian / peralatan / peranti keselamatan, cara mengelakkan kemalangan di tempat kerja, cara menangani kemalangan dan banyak lagi.

Taklimat itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan kakitangan JKR Lahad Datu dan juga beberapa kakitangan Sektor Projek Pan Borneo.