• Ogos 7, 2023
  • 733

Serah Tugas Jurutera Bahagian Kota Kinabalu dan Jurutera Bahagian Keningau

Serah Tugas Jurutera Bahagian Kota Kinabalu dan Jurutera Bahagian Keningau

KOTA KINABALU, 4 OGOS – Jurutera Bahagian Kota Kinabalu (JBKK), Mohd Hardy Laidin menyerahkan Nota Serah Tugas kepada Jurutera Bahagian yang baru, Ts. Zulkefli Bin Salip Arjud.

Mohd Hardy Laidin telah ditukarkan ke Cawangan Utiliti dan Alam Sekitar di Ibu Pejabat JKR sebagai Ketua Penolong Pengarah, manakala Ts. Zulkefli Salip Arjud mantan Jurutera Daerah Keningau yang akan menggantikan Jurutera Bahagian KK.

Majlis tersebut dimeriahkan dengan persembahan dari kakitangan JKR Bandaraya dan penyampaian cenderahati daripada ketua – ketua seksyen, slot tayangan video aktiviti dan kenangan bersama mantan JBKK sepanjang beliau menerajui JKR Bandaraya.

Mohd Hardy Laidin dalam ucapannya berharap agar kerjasama yang diterima sepanjang memimpin JKR Bandaraya akan juga diteruskan bersama JB baharu untuk melicinkan kerja-kerja di pejabat.

Turut diraikan pada majlis tersebut, Alizah Dalaman yang dipindahkan ke Pejabat Pertanian, disamping meraikan pesara, Masrom Said dan Duhanien Sulit.