• Ogos 11, 2023
  • 1010

Sanjungan Budi Lambaian Kasih

Sanjungan Budi Lambaian Kasih

KOTA KINABALU, 11 OGOS – JKR Penampang telah mengadakan majlis ringkas bagi memberi penghargaan kepada Pembantu Tadbir (Kewangan), Hatijah Ibrahim yang akan berpindah ke Perpustakaan Negeri Sabah.

Jurutera Daerah Penampang, Mohd Fauzi Zikiri mewakili seluruh warga kerja JKR Penampang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan terima kasih di atas jasa dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang berkhidmat selama 10 tahun di JKR Penampang bermula pada 04 Februari 2013 sehingga 11 Ogos 2023. Selamat maju jaya diucapkan kepada Hatijah Ibrahim.