- Ogos 24, 2023
- 403
Kunjungan Hormat dan Lawatan Kerja YB Menteri Kerja Raya Malaysia

KOTA KINABALU, 20 OGOS – Ketibaan Menteri Kerja Raya Malaysia, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi disambut oleh Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah I, YB Datuk Limus Jury, Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah II, YB Datuk Robert Tawik, Setiausaha Tetap Kementerian, YBhg Datuk Ridhwan Roger Linus, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan Pegawai Kanan Kementerian bagi menghadiri dan mendengar taklimat daripada JKR Sabah berhubung pelaksanaan projek-projek pembangunan di Sabah.
Rombongan Kementerian Kerja Raya Malaysia turut disertai oleh YB Dato’ Sri Abdul Rahman Bin Mohamad, Timbalan Menteri Kerja Raya, YBhg. Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam, Ketua Setiausaha, Dato’ Zahrul Hakim Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Dasar & Pembangunan) serta Dato’ Ir. Ahmad Redza Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Malaysia bersama Pegawai Kanan kementerian.
Sesi lawatan tapak diteruskan ke Projek Pan Borneo Sabah WP04 (Bongawan ke Papar), Projek Naik Taraf Jalan Donggongon ke Papar Spurs Fasa 2 & 3 serta lawatan ke beberapa Penyenggaraan Jalan Persekutuan di Lapangan Terbang Lama KK, dan sekitar Karamunsing Jalan KK- Kudat.
Dalam program yang sama, rombongan turut melihat lokasi-lokasi yang akan dilalui oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa Jelajah Kembara Borneo yang dijadualkan bermula di Sabah pada bulan September 2023.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Sektor Jeraya, Baharuhom K.K Sogon, Timbalan Pengarah Sektor Pan Borneo, Ir. Mohd. Safri Abd. Habi dan Pegawai Kanan JKR Sabah.