• Ogos 24, 2023
  • 378

Lawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Dasar & Pembangunan) KKRM

Lawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Dasar & Pembangunan) KKRM

KOTA KINABALU, 22 OGOS – Dato’ Zahrul Hakim Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Dasar & Pembangunan) Kementerian Kerja Raya Malaysia sempat melakukan lawatan ke Cawangan Trafik dan Pengangkutan, Ibu Pejabat JKR bagi menghadiri taklimat ringkas berkenaan cawangan tersebut yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Cawangan Trafik dan Pengangkutan, Sr. Ts. Jumatli Abd Hamid.

Antara yang hadir, Baharuhom K.K Sogon, Timbalan Pengarah Sektor Jeraya, Hafez Shabuddin, Timbalan Pengarah Sektor Khidmat Teknikal, Sarinah Guriaman, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Perbelanjaan dan Bajet serta Muji Ampau, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Institut Latihan.