KOTA KINABALU, 15 – 17 SEP – Kelab Rekreasi & Sukan JKR telah menganjurkan Perlawanan Bola Tampar Antara Daerah Peringkat JKR Sabah 2023 bertempat di Dewan Sri Kinabatangan, Ibu Pejabat JKR.

 

Kejuaraan itu diraih oleh JKR Kudat di tempat pertama apabila berjaya menewaskan Zon Pantai Barai Selatan dalam perlawanan akhir dengan memenangi  kutipan mata 25-18 pada set pertama, set kedua 25-19 dan set ketiga 25-16.

Perlawanan sama turut menyaksikan tempat kedua dimenangi oleh Zon Pantai Barai Selatan dan tempat ketiga dijuarai bersama oleh pasukan HQ1 dan JKR Keningau. Sepanjang perlawanan dijalankan, dapat dilihat semangat kesukanan dan kesetiakawanan serta kerjasama yang padu antara semua pasukan. Diharap agar aktiviti seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

About The Author