• September 21, 2023
  • 544

Kursus Pengurusan Alam Sekitar JKR Sabah 2023

Kursus Pengurusan Alam Sekitar JKR Sabah 2023

KOTA KINABALU, 20 – 21 SEP – Cawangan Utiliti & Alam Sekitar dan Cawangan Institut Latihan telah menganjurkan Kursus Pengurusan Alam Sekitar JKR Sabah 2023 bertempat di Dewan Sri Kinabatangan yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Sektor Khidmat Teknikal, Hafez Shabuddin.

Kursus yang diadakan selama dua hari itu turut bekerjasama dengan JKR Malaysia dan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS).

Pada hari pertama, kursus itu dibahagikan kepada lima sesi iaitu, Fungsi & Tanggungjawab Jawatankuasa Pembangunan Lestari (JKIPL) & 10 Jawatankuasa Kerja (KK) Pembangunan Lestari Malaysia dan Pelaksanaan Polisi Pembangunan Lestari JKR Malaysia yang disampaikan oleh Siti Marsitah Rosly, Arkitek (CASKT), JKR Malaysia.

Seterusnya, Pengenalan Mengenai Latar Belakang Cawangan Alam Sekitar & Kecekapan Tenaga (CASKT) JKR & Polisi Pembangunan Lestari JKRM, Pemahaman Kepada Pelaksanaan SPAS ISO 14001 : 2015 serta Keperluan Pematuhan Perundangan bagi Projek & Pengenalan Kepada EIA yang disampaikan oleh Noormala Azme, Jurutera Awam Kanan (CASKT), JKR Malaysia.

Pada hari kedua, sesi taklimat dibahagikan kepada empat sesi. Ir. Gan Chun Hsiang, Jurutera Elektrik Kanan (CASKT), JKR Malaysia menyampaikan Pengenalan kepada JKR Standard 3: 2020 (Environmental Protection & Enhancement Works for Projects) dan Pemahaman kepada Environmental Protection Works & Keperluan Audit Alam Sekitar.

Sesi perkongsian disampaikan oleh Dr. Susan Pudin, Ketua Sektor Perancangan (JPAS) dan Ray Marvin Tan, Ketua Sektor Penilaian (JPAS).