• Oktober 10, 2023
  • 358

Majlis Penyampaian Sijil Tamat Latihan Industri

Majlis Penyampaian Sijil Tamat Latihan Industri

SIPITANG, 06 OKT – JKR Sipitang telah mengadakan Majlis Ringkas Penyampaian Sijil Tamat Latihan Industri kepada pelatih industri bertempat di Bangunan Utama, JKR Sipitang.

Anderson Yong dan Ahmad Adli Zuhaily Bin Awang Besar (Bachelor in Civil Engineering UiTM Penang) telah menjalani latihan industri di JKR Sipitang bermula pada 14 Ogos 2023.

“Saya sebagai wakil dari Jurutera Daerah ingin mengucapkan TAHNIAH kepada pelatih yang telah berjaya menamatkan latihan industri di JKR Sipitang. Terima kasih juga diucapkan kepada pelatih kerana memberi kerjasama dalam melaksanakan tugasan yang diberikan dengan jayanya”, demikian ucapan Penolong Kanan Jurutera Daerah Sipitang, Zainuddin bin Naim.

“Terlebih dahulu kami ingin menyusun jari memohon kemaafan sepanjang berada di JKR Sipitang, segala teguran & nasihat semua, pasti kami sematkan di dada. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan JKR Sipitang atas usaha dan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menjalankan latihan industri di JKR Sipitang”, demikian ucapan oleh wakil pelatih industri.