• Oktober 23, 2023
  • 251

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Sipitang

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Sipitang

SIPITANG, 19 OKT – Seramai 20 kontinjen yang terdiri daripada Kementerian, Jabatan, Pertubuhan, Komuniti, Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah telah mengikuti perarakan dari Padang Topten Sipitang ke Dewan Serbaguna Masyarakat Sipitang.

JKR Sipitang telah membuat persembahan tawasih dan selawat badar bagi pembukaan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Sipitang yang dirasmikan oleh YB Datuk Haji Ruslan Bin Muharam selaku Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah merangkap Adun N.34 Lumadan.

JKR Sipitang telah mendapat naib juara dalam Pertandingan Sepanduk kategori Kementerian/Jabatan.