• Oktober 31, 2023
  • 746

Pembukaan Jalan Bagi Pakej Kerja 21 (WP21) Membina Jalan Lahad Datu Bypass

Pembukaan Jalan Bagi Pakej Kerja 21 (WP21) Membina Jalan Lahad Datu Bypass

LAHAD DATU, 30 OKT – Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah WP21 yang diselia oleh Jurutera Daerah Lahad Datu, Syed Abdullah Syed Abas dan Jurutera Kerja Awam, JKR Lahad Datu, Sunny Cheong Fui Yang, telah berjaya disiapkan dan dirasmikan pembukaan jalan Membina Jalan Lahad Datu Bypass.

Antara Kementerian / Jabatan / Agensi yang menghadiri perasmian pembukaan jalan ini ialah Kementerian Kerja Raya Sabah yang diwakili oleh Datuk Limus Jury, selaku Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah, Sektor Pan Borneo, Pengerusi POIC Sabah Sdn. Bhd, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Ketua-Ketua Jabatan Daerah Lahad Datu, Sabah Electricity Sdn. Bhd, IPD Lahad Datu, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Pemimpin-Pemimpin Pembangunan Masyarakat dan HSS Integrated Sdn. Bhd.

Berlangsung dalam cuaca yang cukup baik, perasmian dimulakan pada pukul 9.45 pagi bertempat di Tapak Projek WP21 dan setelah semua jemputan tiba, sesi Taklimat Ringkas Projek Lebuhraya Pan Borneo WP21, Membina Jalan Lahad Datu Bypass disampaikan oleh JKR Lahad Datu. Sesi ini diikuti oleh Sidang Media dan Flag Off (Pembukaan Jalan) sebelum program ditamatkan.

Antara skop kerja projek adalah Projek Lebuhraya Jalanraya Bypass Lahad Datu sepanjang 6.8KM yang menghubungkan Jalan Sandakan ke Tawau tanpa melalui Bandar Lahad Datu, dua lorong dibina untuk setiap hala mengikut JKR Standard R5, membina jambatan di Sungai Sepagaya Ulu sepanjang 35 meter, membina struktur laluan bertingkat di dua simpang utama iaitu Persimpangan 1 di KM 9.4 Jalan Lahad Datu-Tawau dan Persimpangan 2 di KM 6.8 Jalan Lahad Datu-Sandakan dan menyediakan kemudahan dua pusingan U (P.Turn) di KM 3.20 Jalan Lahad Datu Bypass.

Pembukaan jalan ini diharap memberi faedah dan manfaat kepada semua pengguna jalanraya kerana pakej ini memendekkan jarak perjalanan dari Sandakan-Kunak, Semporna, Tawau dan sebaliknya. Selain itu, ia juga sangat efisien dalam mengurangkan kesesakan jalanraya yang sering berlaku di laluan Bandar Sri Perdana dan Jalan Kg. Jawa terutamanya pada waktu puncak dan sesi persekolahan atau ketika waktu hari bekerja.