• November 2, 2023
  • 143

Mesyuarat serta Perkongsian Pengalaman Kerja Kakitangan Gred 29 dan Ke Atas

Mesyuarat serta Perkongsian Pengalaman Kerja Kakitangan Gred 29 dan Ke Atas

KUDAT, 01 NOV – JKR Kudat telah mengadakan Mesyuarat serta Perkongsian Pengalaman Kerja Kakitangan Gred 29 dan Ke Atas yang julung kali diadakan di Bilik Gerakan, JKR Kudat.

Sesi tersebut merupakan cetusan idea Jurutera Bahagian, Hilmy Hamid yang mana bertujuan memberikan ruang kepada kakitangan JKR Kudat untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama dan silaturahim antara sesama kakitangan pejabat.

Selama dua hari berlangsung, mesyuarat ini juga diadakan bagi membincangkan solusi berhubung laporan pemeriksaan audit dalam piawaian dan kualiti yang telah dijalankan pada 11 hingga 14 September yang lepas.

Setiap unit diarahkan untuk menjawab teguran atau nasihat membina daripada laporan tersebut bagi memastikan perkhidmatan jabatan terus ditambah baik sekaligus melakar prestasi cemerlang pada masa akan datang.

Beliau juga menasihatkan para Jurutera, Penolong Jurutera serta kakitangan JKR Kudat supaya terus mengamalkan budaya kerja kelas pertama dan menjadi pemangkin kepada modal insan yang memberi nilai positif kepada rakyat serta pembangunan negara.